Impian Nan Indah Si Itik Cute










myspace








Quack! Quack! Quack
   

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Feb 3, 2006
SIRI 1 - Bab 1

Pancaran mentari senja pada petang itu, ternyata mendamaikan dan mententeramkan jiwanya. Menyemai rasa tenang disanubari. Di atas sebiji batu sederhana besar namun sedikit curam di tepi laut itu, dia duduk bertenggek bersendirian bagi menghayati sepuasnya keindahan mentari senja yang kian terbenam di dasar lautan.yang jarang-jarang dapat dilihat lantaran dek musim tengkujuh yang sedang melanda. 

 

            "Emm….Bestnya kalau selalu dapat begini setiap hari."

 

Fatimah yang masih berteleku berbicara sendiri. Sesekali dia tersenyum sendiri. Sesekali dia tersengih sendiri. Bagai sedang diserang angau. Memang enak melayan perasaan andainya disulami dengan angan yang tak sudah. Fatimah menyengih lagi.

 

            "Hoiiii!!!!!"

 

            Fatimah yang sedang berangan terkejut beruk tatkala disergah kuat dan serentak dengan itu kepala kedua-dua hantu yang mengejutkannya terjengul dari celahan batu.

 

Bedebuk! Bagai nangka busuk dia terjatuh dari batu yang setinggi satu meter ke pasir pantai yang memutih akibat rasa terperanjat yang amat. Malaun betul! Sumpah Fatimah dalam hati. Punggung yang terasa sengal digosok beberapa kali. Aduh! Sakit siot! Nasib jatuh atas pasir kalau atas batu, mahu lebam sebulan isi punggung aku. Bebel Fatimah geram. Dia gagahi diri bangun dari tempat dia jatuh.

 

            "Alamak! Itik Quack-Quack jatuh le!"

 

Kahkahkahkah…… Kedengaran ketawa kuat berkumandang memecah keheningan petang yang damai sejurus tubuh dan wajahnya mencium pasir.

 

Fatimah menjeling maut ke arah melaun-melaun yang telah mengacau ganggu ketenangan dan kedamaian yang baru dikecapi. Lucu sangat le tu! Bisik Fatimah geram. Mana aku pergi mesti diorang ni ada. Pantang aku ada, dia ada. Eeeeiiiii…! Memang dasar kacang hantu. Tak boleh tengok orang senang.

 

            Tanpa mempedulikan Zainab dan Salmah. Fatimah kembali memanjat naik ke atas batu tempat dia bertenggek. Kali dia duduk bersila menyilang kaki. Tidak lagi mencangkung seperti tadi.

 

            "Timah! Tak kan marah kot!"

 

Salmah turut sama duduk disisi Fatimah. Bukan mereka tidak biasa mengenakan antara satu sama lain. Malah Fatimah pernah kenakan dia lebih teruk lagi. Namun dia tidak pernah ambik hati dengan kedua kawan-kawannya itu. Kerana itu juga yang mengeratkan hubungan persahabatan mereka.

 

Ketawa Salmah masih bersisa. Sesekali tergelak kecil bila mana dia mengingati bagaimana kelakarnya rupa Fatimah ketika jatuh dari batu tadi. Zainab juga masih mengekek kelucuan.

 

            "Sukalah tu!" dengus Fatimah. 

 

            Ketawa Salmah dan Zainab semakin gamat melihat juihan bibir mulut Fatimah yang memuncung seperti itik. Amat sesuai sekali dengan gelaran yang diberi oleh rakan taulan kepadanya. Dia tidak menyangka gelaran itik buat Fatimah boleh lekat sampai bertahun-tahun lamanya. Semenjak mereka menaiki tingkatan satu lagi. Ini semua gara-gara Ismail, musuh ketat Fatimah.

 

            "Yang kau orang seronok sangat ni, kenapa?" marah Fatimah kerana diketawakan.

 

            "Kau tengah berangan apa tadi? Teringat kat mail ke?" Zainab bertanya masih mahu menyakat.

 

            Terjegil mata Fatimah apabila nama Ismail disebut. Dia melompat turun dari batu. Malas hendak mendengar cerita pasal Ismail yang menyakitkan hati. Bukan setakat hatinya sakit, malah dia boleh sakit jiwa tahap kronik bila nama Ismail disebut berulang kali. Itu belum lagi jumpa tuan empunya nama. Agaknya boleh gila terus bila terpandang muka malaun yang sekor tu! Macam manalah dia boleh terkawan dengan orang yang tak berapa betul otaknya. Salmah dan Zainab bukan tak tahu, malah telah lima tahun mereka berkongsi satu sekolah dan malah satu kelas lagi tapi macam tak faham-faham. Sengaja nak mengenakan dirinya dengan si Ismail yang bagai monyet kepala hitam.

 

            "Eh! Timah, masa ke sini tadi, kita orang jumpa dengan mail, tau!" Salmah pula mengiat.

 

            Fatimah memekakkan telinga. Rasa macam mahu dihalau-halau teman-teman yang sengaja membakar jiwa yang baru hendak tenang.

 

"Alamak, Timah. Lupa nak cakap kat kau. Kami sebenarnya jumpa Pak Mat masa datang tadi."

 

Kali ini biji mata Fatimah membulat terus. Mulutnya juga melopong secara tidak sengaja. Jam di pergelangan tangan dijeling rakus. Alamak mati aku kali ni!

Segera di capai selipar Jepun yang diletakkan di tepi batu. Tanpa menghiraukan panggilan kedua-dua rakannya, Fatimah berlari laju menghala ke arah rumahnya yang terletak 500 meter dari pantai. Salmah dan Zainab ketawa bagai nak rak melihat Fatimah cuba berlari pantas namun dengan memakai selipar sambil berlari di atas pasir tak ubah bagai itik pulang petang.  


Posted at 02:41 pm by izfa

izzulizzati
February 17, 2006   09:25 AM PST
 
kaklena...akan diupdate jgn akak risau...emmm tengok situasi mood itik gak...hehehehe
itikQUACK
February 3, 2006   08:47 PM PST
 
kak izzul, cepatlah update, dah lama tunggu, apa masih blm update lagi ni, ish, cepatlah cepatlah...

p/s: quack pun tak pandai eja ke????
klena
February 3, 2006   04:27 PM PST
 
Sonot nyer lokasi.....d tepi pantai....adusssss......

Ha....dah mula nie jgn tak tau nak sambung......jgn biar lelama tau....jgn mare yek bagi amaran jek....hehehehe...hahahaha....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Bigoo.ws All for your blog